Sunday, 17 July 2011

BENGKEL SCORE ' A ' MATEMATIK TAMBAHAN




Bengkel ini diadakan pada hari Ahad, 17 Julai 2011, di Bilik Citra Wawasan khusus kepada semua pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek Matematik Tambahan. Mereka dibimbing oleh Pn. Zaini bt. Mahmood (GC) dari SMK Jabi. Subjek ini amat penting bagi membolehkan mereka mengisi borang ke IPTA atau ke pusat-pusat pengajian tinggi lain. Semoga pelajar dapat menguasai teknik belajar MT. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Zaini di atas perkongsian ilmu.

Thursday, 14 July 2011

JAMUAN PRS 2011

 Ahlan Wa Sahlan
Ke Majlis Jamuan PRS SMKSMAB 2011


Majlis Jamuan PRS 2011 telah diadakan 
pada hari Khamis, 14 Julai 2011, bertempat di Kafeteria sekolah. 

Majlis ini dihadiri oleh Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Kaunselor Pelajar dan ahli-ahli PRS. Pn. Pengetua tidak dapat hadir kerana bertugas di luar negeri.


Terdapat 2 orang ahli PRS tidak dapat hadir kerana terlibat dengan acara permainan Kompang dan mewakili Negeri Kedah dalam acara " Kalimatus Sobah "di peringkat Kebangsaan. Tahniah!
 

Meriah sungguh jamuan anak-anak ni, Semangat kerjasama
 dan kerja berpasukanlah menyebabkan majlis dapat dijalankan
 dengan baik.Jamuan memang sedap betul. 

Jamuan ini dibuat juga sempena merai' kedatangan Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

" Wajah-wajah ceria PRS menghias dinding blok UBK "


Acara memotong kek " Lambang keakraban terpancar di wajah PK Pentadbiran, PK Kokurikulum, Pengerusi PRS dan Kaunselor pelajar ". Terima kasih kepada semua khususnya pihak Pengurusan yang sudi hadir.

Sunday, 10 July 2011

Teknik Mengulangkaji 


Kata-Kata Motivasi Belajar
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." 
- (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning).
Pengertian Mengulangkaji
Suatu proses mempelajari@menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?

Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:
1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang.  Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.  
2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.  
3.Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang diberi oleh guru. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.  
4.Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.  
5.Menjawab soalan-soalan yang  berbentuk objektif. Ini akan membolehkan anda mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda  akan dapat menjawab dengan yakin.  
6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

    Guruku..

    Guruku..
    Kau penyuluh hidupku..
    Menerangi alam ini..
    Kau ku anggap sebagai ibu-bapaku…

    Wahai guruku..
    Kau ibarat sebatang lilin
    Menerangi alam kegelapan..
    Kau sanggup membakar dirimu..
    wahai guruku..
    Kau Insan yang mulia..
    Mendidik dan membimbing daku..
    Kaulah insan yang ku sanjungi..

    Guruku…
    Segala baktimu..
    Akan ku balas dengan kejayaanku..
    Akan ku buktikan kepadamu..
    Wahai guruku..

    Tuesday, 12 April 2011

    Ceramah " Say No Apologise "

    Pada hari Isnin, 11 April 2011, UBK telah mengadakan satu ceramah mengenai bahaya merokok dan dadah.   Ceramah disampaikan oleh En. Megat , pegawai daripada AADK Daerah Kota Setar.Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua pelajar agar tidak merokok dan menjauhkan diri  daripada penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya amat beruntunglah mereka yang tidak menghisap rokok kerana ianya dapat menyelamatkan kesihatan dan wang anda. Fikir-fikirkanlah wahai anak-anakku sayang.

    Akhir sekali, pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada En. Amran (Unit PPDa JPN Kedah) atas kesudian hadir bersama. Ucapan terima juga kepada AADK Daerah Kota Setar dan semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

    Kelihatan En. Amran B. Zakaria dari Unit PPDa JPN Kedah dan pegawai  AADK Kota Setar memantau para pelajar dalam program yang telah dijalankan.

    Thursday, 7 April 2011

    BAROKAH

     BAROKAH
    (Bulan Anti Rokok dan Dadah)

    Hari/Tarikh : Isnin, 04 April, 2011
    Tempat       : Dewan Iltizam
    Tajuk          : Pelancaran BAROKAH

          Bulan Anti  Rokok  dan Dadah  adalah bulan  untuk membudayakan  seluruh warga  sekolah  ke arah gaya hidup sihat  dan  sempurna  tanpa  rokok dan dadah.
          Oleh  itu  pelbagai  aktiviti  dirancang  dan  disusun bagi   menggalakkan  para   pelajar  menceburkan  diri dalam aktiviti tersebut.


    Antara objektif utama program ini ialah :-

    1. Memberi  kesedaran  bahaya  merokok  dan dadah 
        kepada   warga  sekolah   ke   arah   gaya      hidup
        cemerlang
      2. Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang
          positif   dalam   menjalani  kehidupan  yang  sihat ,
          selamat dan sejahtera
      3. Akal  yang sihat  datangnya daripada  badan  yang
          sihat.