Sunday 17 July 2011

BENGKEL SCORE ' A ' MATEMATIK TAMBAHAN




Bengkel ini diadakan pada hari Ahad, 17 Julai 2011, di Bilik Citra Wawasan khusus kepada semua pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek Matematik Tambahan. Mereka dibimbing oleh Pn. Zaini bt. Mahmood (GC) dari SMK Jabi. Subjek ini amat penting bagi membolehkan mereka mengisi borang ke IPTA atau ke pusat-pusat pengajian tinggi lain. Semoga pelajar dapat menguasai teknik belajar MT. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Zaini di atas perkongsian ilmu.

Thursday 14 July 2011

JAMUAN PRS 2011

 Ahlan Wa Sahlan
Ke Majlis Jamuan PRS SMKSMAB 2011


Majlis Jamuan PRS 2011 telah diadakan 
pada hari Khamis, 14 Julai 2011, bertempat di Kafeteria sekolah. 

Majlis ini dihadiri oleh Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Kaunselor Pelajar dan ahli-ahli PRS. Pn. Pengetua tidak dapat hadir kerana bertugas di luar negeri.


Terdapat 2 orang ahli PRS tidak dapat hadir kerana terlibat dengan acara permainan Kompang dan mewakili Negeri Kedah dalam acara " Kalimatus Sobah "di peringkat Kebangsaan. Tahniah!
 

Meriah sungguh jamuan anak-anak ni, Semangat kerjasama
 dan kerja berpasukanlah menyebabkan majlis dapat dijalankan
 dengan baik.Jamuan memang sedap betul. 

Jamuan ini dibuat juga sempena merai' kedatangan Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

" Wajah-wajah ceria PRS menghias dinding blok UBK "


Acara memotong kek " Lambang keakraban terpancar di wajah PK Pentadbiran, PK Kokurikulum, Pengerusi PRS dan Kaunselor pelajar ". Terima kasih kepada semua khususnya pihak Pengurusan yang sudi hadir.

Sunday 10 July 2011

Teknik Mengulangkaji 


Kata-Kata Motivasi Belajar
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." 
- (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning).
Pengertian Mengulangkaji
Suatu proses mempelajari@menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?

Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:
1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang.  Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.  
2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.  
3.Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang diberi oleh guru. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.  
4.Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.  
5.Menjawab soalan-soalan yang  berbentuk objektif. Ini akan membolehkan anda mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda  akan dapat menjawab dengan yakin.  
6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

    Guruku..

    Guruku..
    Kau penyuluh hidupku..
    Menerangi alam ini..
    Kau ku anggap sebagai ibu-bapaku…

    Wahai guruku..
    Kau ibarat sebatang lilin
    Menerangi alam kegelapan..
    Kau sanggup membakar dirimu..
    wahai guruku..
    Kau Insan yang mulia..
    Mendidik dan membimbing daku..
    Kaulah insan yang ku sanjungi..

    Guruku…
    Segala baktimu..
    Akan ku balas dengan kejayaanku..
    Akan ku buktikan kepadamu..
    Wahai guruku..