Wednesday 23 February 2011

MINGGU SUKAN DAN PERMAINAN



Setelah hampir 6 bulan berlalu, tetapi program selepas PMR 2010 tetap di hati dan ingatan kaunselor-kaunselor SMKSMAB. Pelbagai rintangan tidak kiralah manis atau pahit telah di tempuhi untuk menjalankan program ini. Namun begitu ia tetap dapat di jalankan dengan lancar dan berjaya. Pelbagai aktiviti telah di jalankan. Di antaranya adalah minggu sukan dan permainan yang melibatkan pelbagai jenis sukan seperti bola tampar pantai, bola tampar gelanggang, bola sepak, bola jaring dan futsal. Tahniah kepada pemenang-pemenang, Di bawah ini di sertakan gambar-gambar sepanjang program ini di jalankan. Kenangan ini tidak mungkin dapat di lupakan..

Tuesday 22 February 2011

MY KAUNSELING NEW BLOG

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bersyukur ke hadrat ilahi akhirnya unit bimbingan dan kaunseling SMKSMAB mempunyai blognya tersendiri. Terima kasih kepada cikgu Syahnur dan cikgu Siti Hajar kerana mencipta blog untuk unit bimbingan dan kaunseling. Ucapan tidak terhingga kepada Madam juga kerana memulakan perjuangan blog untuk SMKSMAB ini. Dengan wujudnya blog ini, kita boleh berkongsi segala suka duka sepanjang berada di sini. Di harapkan juga pelajar-pelajar boleh berkongsi idea untuk memajukan unit bimbingan dan kaunseling.